EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah Dai Farhan Jelas Kontroversi Kahwin Janda

0 month ago, 26-Nov-2019

Kecoh di media sosial apabila Dai Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad memuat naik kenyataan mengejut bahawa dia sudah berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan.

da'i farhan kahwin janda

Isu itu menarik perhatian ramai, lebih menggemparkan ada individu mendakwa Farhan sebenarnya berkahwin secara rahsia tanpa mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Individu itu yang merupakan seorang perunding kewangan menulis surat terbuka menerusi laman Facebook, menyatakan perkahwinan pendakwah bebas itu tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya.

isteri pertama dai farhan

Enggan dirinya terus dikecam netizen, Farhan akhirnya tampil membuka mulut menjelaskan perkara sebenar.

Fitnah mungkin kerana dendam?

dai farhan dendamdai farhan dendam

Memuat naik bukti perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya dan perunding kewangan tersebut, Farhan menjelaskan berkemungkinan kerana dia tidak memberi izin kepada isterinya untuk membeli rumah dengan perunding kewangan tersebut, menjadi punca wanita itu menyebarkan berita tidak benar mengenai pernikahannya.

Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.




Live Website Traffic


loading...