EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin, Caprice Masuk Hospital

0 month ago, 29-Aug-2021

Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir, Caprice dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sana kerana mengalami demam dan serangan panik melampau (panic attack) selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

Advertisement

Berita tersebut dikongsikan sendiri Caprice apabila dia menunjukkan video yang memaparkan dirinya sedang mendapatkan bantuan oksigen di sebuah hospital.

Suntikan dos kedua lain macam. Insya-Allah selepas sehari saya akan bangkit.

Jelasnya lagi, dia diserang ‘panic attack’ ketika berada di hospital sehingga memakan masa lebih kurang 45 minit untuk dirinya betul-betul bertenang sebelum darahnya diambil oleh petugas kesihatan.

Advertisement

Ujar pemilik nama Ariz Ramli ini, dia perlu sembuh secepat mungkin kerana mempunyai misi penting untuk diselesaikan selepas ini.

Terdahulu, Caprice memaklumkan dia mempunyai perasaan fobia terhadap jarum dan mengakui akan mengambil masa yang sangat lama untuk dirinya bertenang sebelum mengambil sebarang suntikan.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin, Caprice Masuk Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...