EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Demam kuning berpanjangan, anak ke-2 Ali Puteh ada masalah jantung terbalik

0 month ago, 15-Aug-2019

Pada 6 Ogos yang lepas, pelawak yang semakin meningkat naik, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh telah menimang cahaya mata kedua selepas isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.

Namun begitu, kegembiraannya menyambut puteri kedua berubah menjadi gusar dan sedikit gementar apabila anaknya disahkan mempunyai masalah jantung terbalik.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ali di Instagramnya selepas beberapa posting sebelum ini memberitahu anak keduanya kerap tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Bayi comel yang diberi nama Sharifah Nur Ainul Mardhiah binti Syed Ali Mubarak ini terlihat begitu lemah dengan kondisinya yang berada didalam inkubator bayi.

Ali Puteh sendiri mengakui bahawa dugaan yang diterima kali ini benar-benar berat dan meminta semua pihak agar mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

Sehubungan dengan itu, Instagram adik kepada Abam Bocey ini telah dihujani dengan ucapan takziah dan mendoakan agar anaknya kembali sihat seperti sedia kala. Rakan artis juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa simpati serta berharap supaya Sharifah Nur Ainul Mardhiah segera sembuh.

: Syed Ali Puteh

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com