EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Delyva, Maynuu Sedia Sistem Penghantaran Bantu Tingkatkan Ekosistem F&B Kecil Negara

0 month ago, 08-Jun-2021

Kesukaran sistem penghantaran telah menampilkan kerjasama Delyva dan Maynuu Commerce dalam penyediaan tersebut kepada para peniaga mereka.

Untuk makluman Maynuu adalah sebuah platform pesanan yang membolehkan para peniaga F&B (makanan dan minuman) mengawal struktur operasi mereka. Sehingga dapat menjimatkan kos 42%. Setakat ini lebih 600 peniaga F&B mengalaimi penjimatan lebih RM500,000.

Sementara itu, Delyva pula adalah penyedia penyelesaian penghantaran yan berkhidmat dari pelabagai sudut saiz perniagaan. Platform ini membolehkan pelanggan bebas mengurus penghantaran menerusi pihak ketiga.

Menerusi kerjasama penyediaan sistem penghantaran ini DelyvaX mampu membantu para peniaga F&B kecil untuk meningkatkan ekosistem mereka.

Menerusi inisiatif ini para peniaga boleh menampilkan bahagian penghantaran sendiri serta memantau dan mengira komisen penghantaran yang dilakukan.

Buat masa ini, lebih 50 penyertaan peniaga Maynuu telah mengaktifkan akaun Delyva mereka, untuk memudahkan pengurusan penghantaran produk dilaksanakan. Sebarang makluman lanjut, pembaca boleh layari pautan laman Maynuu Commerce dan Delyva.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...