EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Delyva, Maynuu bantu peniaga F&B kecil berkembang

0 month ago, 09-Jun-2021

PETALING JAYA Delyva Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa Maynuu Commerce Sdn. Bhd. telah mula menggunakan sistem penghantaran yang dibangunkan oleh syarikatnya.

Maynuu telah mengintegrasikan platform e-dagangnya yang digunakan oleh peniaga F&B untuk memasarkan produk, dengan sistem pengurusan penghantaran DelyvaX dibangunkan Delyva. Ini bagi membantu para peniaga dalam platform Maynuu mengurus penghantaran segera dengan cekap.

Para peniaga tersebut kini boleh menubuhkan pasukan penghantaran sendiri, menambah atau mengeluarkan staf penghantaran daripada pasukan, mengira komisen penghantar, dan memantau aktiviti pengambilan dan penghantaran.

Selain itu, para peniaga juga kini boleh guna lebih banyak lagi perkhidmatan penghantaran segera yang ditawarkan melalui sistem Delyva.

Hanif Wahid, CEO Delyva berkata, Kami seronok dapat bekerjasama dengan Maynuu membantu perniagaan F&B kecil berkembang. Kami nampak ramai peniaga menghadapi kesukaran mengurus penghantaran kerana tidak mempunyai sistem yang betul.

Contohnya, banyak yang menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp tetapi kaedah ini tidak cekap bagi mengurus penghantar atau pesanan yang banyak secara serentak.

Masalah ini kini selesai, dan peniaga dapat memberi tumpuan kepada kepandaian mereka membuat makanan dan minuman yang enak dan jual!

Wafiq Rodzuan, CEO Maynuu mengulas, Delyva membantu meringankan beban mengurus penghantaran pesanan dalam kalangan peniaga F&B kami. Lebih daripada 50 peniaga telah sedia mengaktifkan Delyva dalam akaun mereka.

Integrasi dengan Delyva membolehkan para peniaga kami mengoptimumkan kos dan menjalankan perniagaan mereka dengan cekap. Kami bangga menjadi sebahagian komuniti Delyva.

Pemilik perniagaan kecil Mok Chan Heng yang mengusahakan Nonos Homemade yang menjual makanan seperti kek pandan berkata, Maynuu banyak membantu perniagaan kami. Integrasi dengan Delyva menguntungkan kami kerana pelanggan dapat memilih servis penghantaran yang mereka suka.

Pada masa wabak sekarang kami kekurangan pekerja. Jadi, bagus kami boleh mengakses pelbagai perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai daripada satu sumber sahaja, kata beliau.

Antara peralatan yang disediakan oleh Delyva untuk peniaga F&B yang mempunyai pasukan penghantaran sendiri ialah aplikasi pemandu yang menjadikan pengurusan penghantaran lebih cekap bagi kedua-dua peniaga dan penghantar.

Wafiq menambah, Peniaga tidak perlu risau tentang berbelanja lebih banyak wang untuk IT kerana aplikasi pemandu adalah sebahagian daripada pakej perkhidmatan untuk mereka, apabila mendaftar dengan Maynuu.

Sementara itu, pelanggan yang membuat pesanan menggunakan Maynuu pula boleh mula menggunakan ciri baharu menjejak lokasi penghantar, yang disediakan oleh Delyva.

BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...