EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dekorasi Katil Kayu Palet Yang Menarik Dan Sedap Mata Memandang

0 month ago, 11-Sep-2020

Kamu bosan guna bingkai katil besi yang biasa dalam bilik tidur, apa cuba bertukar angin dengan menggunakan kayu palet sebagai katil.

Stail dekorasi katil kayu palet menjadi tumpuan dan pilihan terbaik, bagi yang mencari kelainan dalam mendekorasi bilik tidur.

Jika kamu ingin menggunakan katil kayu palet, ini antara idea dan suntikan asas yang perlu kamu lakukan bagi mendapatkan stail dekorasi yang menarik dan sedap mata memandang.

Katil Kayu Palet Stail Boho Moden

Foto Arkib Wanista

Jika kamu suka dengan konsep bohemian moden, maka stail ini sangat sesuai untuk kamu ikuti sebagai rujukan bagi mendekorasi bilik tidur kamu nanti.

Ini yang kamu perlukan untuk deko katil kayu palet stail boho moden yang menyenangkan dan santai.

Pilih Katil Kayu Palet Ikut Saiz Bilik Tidur

Pastikan katil kayu palet yang kamu pilih, mengikut ukuran yang bersesuaian dengan saiz dalam bilik tidur kamu sendiri.

Foto Arkib Wanista

Tilam, Bantal Dan Cadar Warna Putih

Kebanyakan stail bohemian moden menggunakan warna putih bagi menonjolkan elemen ruang yang besar dan bersih.

Foto Arkib Wanista

Karpet Bercorak

Pilih karpet jenis berkait dengan corak bohemian seperti ini, bagi menonjolkan elemen boho dalam bilik tidur.

Foto Arkib Wanista

Kain Langsir

Penggunaan kain langsir terpula pada masing-masing, bagi yang mahu menggunakan kain langsir dalam bilik ini antara idea jenis langsir boleh kamu pilih.

Foto Arkib Wanista

Pokok, Hiasan Dinding Dan Lampu

Untuk menceriakan dekorasi katil kayu palet stail boho moden ini, kamu perlu gandingkan dengan aksesori lain seperti pokok dalam pasu, hiasan dinding dan juga lampu.

Foto Arkib Wanista

Katil Kayu Palet Stail Nature

Foto Arkib Wanista

Bagi yang cintakan alam semula jadi, kamu mungkin berminat dengan gaya nature dengan ditemani pokok dan tumbuhan dalam bilik.

Dan katil kayu palet adalah item terbaik untuk mendekorasi dengan sentuhan alam semula jadi ini. Ini antara keperluan asas jika kamu inginkan gaya seperti ini.

Pilih Katil Kayu Palet Jenis Besar

Kamu perlu menggunakan katil kayu palet yang besar dan luas, kemudian warnakan katil kayu palet kamu dengan warna coklat kayu agar nampak lebih menarik.

Foto Arkib Wanista

Tilam, Bantal Dan Cadar Warna Asas

Apabila kamu memilih konsep nature bagi mendeko katil kayu palet, maka pemilihan warna untuk tilam, bantal dan cadar haruslah menggunakan warna-warna asas seperti putih, krim dan kelabu bagi menonjolkan deko tumbuhan nanti.

Foto Arkib Wanista

Aneka Jenis Pokok-Pokok Sebagai Deko Dinding, Siling Dan Sekitar Katil

Dengan menggunakan katil kayu palet yang luas dan besar, akan ada ruang-ruang lebih untuk kamu letak pokok-pokok yang menarik seperti di sekitar setiap penjuru katil, di dinding, dan siling.

Foto Arkib Wanista

Karpet Ringkas Dan Kosong

Bagi menguatkan lagi elemen nature bagi dekorasi katil kayu palet, penggunaan karpet ringkas dan kosong seperti ini akan menaikkan lagi seri konsep bilik tidur kamu.

Foto Arkib Wanista

Kain Langsir

Untuk menjadikan ke semua dekorasi tampak lebih serasi, penggunaan kain langsir jenis kosong dan natural sangat sesuai digandingkan untuk konsep ini.

Foto Arkib Wanista

Menarik bukan rekaan dekorasi menggunakan katil kayu palet sebagai motif utama, sambil ditemani dengan pilihan konsep bilik yang bersesuai mengikut citarasa diri.

Antara dua stail dan konsep katil kayu palet ini, kamu suka yang mana satu?


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...