EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Song Hye Kyo Dedah Pernah Kena Ugut Simbah Asid Oleh Bekas Pengurus

0 month ago, 06-Apr-2021

Tak dinafikan menjadi terkenal dalam industri hiburan Korea memang seronok, tetapi ada bahayanya juga yang ramai tak tahu.

Tak kiralah sama ada menjadi seorang penyanyi atau pelakon, kebanyakan daripada mereka sering menerima ugutan yang melibatkan nyawa.

Sama seperti Song Hye Kyo, aktres tersebut pernah mendedahkan bahawa dirinya dan keluarganya pernah diugut untuk disimbah asid oleh bekas pengurusnya.

Terkejut Terima Ugutan Untuk Simbah Asid

Menerusi rancangan Channel As Rumor Has It, Song Hye Kyo mengatakan dia dan ibunya telah menerima ugutan dan diancam keselamatannya oleh seseorang yang dikenalinya.

Menerima sepucuk surat pada tahun 2005 ketika itu, pemeras ugut tersebut telah menyediakan sebuah tong besar yang mengandungi hydrochloric acid dan hallucinogens.

Foto YouTube

Jika kamu tidak menghantar 10 bilion KRW (RM 36782.46) kepada saya, asid akan dituangkan ke badan Song Hye Kyo dan kamu. Sekiranya kamu tidak mahu melihat badan anak perempuan kamu membusuk dan reput sepanjang hayat, kamu perlu memikirkannya. Saya sudah menyediakan sejumlah besar hydrochloric acid dan hallucinogens, ujar pemeras ugut.

Selepas menerima ugutan tersebut, ibu Song Hye Kyo telah menelefon aktres tersebut untuk memintanya bersembunyi di tempat lain dan terus melaporkan kepada polis dengan segera.

Bekas Pengurus Lakukan Gara-Gara Wang?

Menurus pihak polis, pemeras ugut tersebut adalah bekas pengurus aktres itu yang bekerja dengannya selama 3 tahun.

IKLAN

Pada mulanya ibu aktres tersebut mengesyaki individu yang biasa meminjam wang daripada keluarganya. Tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu bekas pengurusnya.

Mengetahui siapakah pelakunya, ibu aktres tersebut tidak mengenakan tindakan pada pengurus anaknya itu kerana dia percaya bekas pengurus itu tidak akan pernah melakukannya.

Foto Rolala Loves

Punca pemerasan ugut ini berlaku adalah disebabkan oleh gaya hidup bekas pengurus itu. Hidupnya menjadi tak menentu selepas alami pengangguran.

Sebelum dipecat oleh syarikat, bekas pengurus tersebut gagal melaporkan nilai komisen yang diterima oleh aktres tersebut selepas melakukan photoshoot promosi. Malah nilai komisen tersebut telah digunakan olehnya sendiri.

Selepas dipecat daripada menjadi pengurus, dia mengalami masalah kewangan dan menganggap Song Hye Kyo sebagai jalan keluarnya daripada kesusahan.

Mendengarkan kisah diperas ugut Song Hye Kyo, kebanyakan selebriti lain yang menyertai rancangan tersebut meluahkan rasa terkejut mereka kerana kebanyakan pengurus dan selebriti akan ke mana sahaja berdua malah lebih rapat berbanding orang lain.

Untuk klip penuh, kamu boleh lihat di sini [TEKAN SINI]

RUJUKAN: 1, 2, 3



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...