EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Debaran terasa, ketetapan rentas negeri untuk Raya Haji diumumkan hari ini

0 month ago, 27-Jul-2020

Kerajaan bakal mengumumkan keputusan dan ketetapan mengenai aktiviti rentas negeri sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini (Isnin), menurut laporan Astro Awani semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu akan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sudah tentunya, ramai yang tidak menafikan terdapat kemungkinan bahawa rentas negeri untuk sambutan Aidiladha tidak dibenarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 kembali mencecah dua angka.

Namun, semua orang dilihat mendoakan yang baik-baik sahaja dan dapat bertemu dengan keluarga untuk meraikan hari Raya Haji bersama-sama.

Buat masa ini, aktiviti rentas negeri masih dibenarkan, manakala syarat memakai pelitup muka di khalayak awam hanya diwajibkan pada 1 Ogos ini.

: Penang Kini, Astro Awani.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...