EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Debaran Semakin Terasa, 5 Fakta Menarik Tentang GegarVaganza 6

0 month ago, 25-Nov-2019

Pejam celik pejam celik, semalam telah pun berlangsung konsert GegarVaganza musim ke 6 (GV6) untuk minggu ketujuh. Fuh!!! Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang merupakan penonton setia GV6. Secara jujurnya, tahun ini memang penangan GV6 lain macam sikit. Lagi best, lagi padu dan lagi pedas macam CILI PADI.

gegar vaganza 6

Bila bercakap pasal pedas, Abang Nara nak ingatkan korang tentang DIGI Cili Padi tentang Digi CILI PADI yang membolehkan korang meMAKSIMUMkan aktiviti membaca dan menonton perkembangan terkini para peserta GV6 dengan Internet Tanpa Had dengan bayaran kurang RM1/sehari pun untuk semua ini. Barulah boleh layan artis kegemaran GV6 anda menyanyi di YouTube berulang-ulang kali tanpa risau data habis. Memang best DIGI Cili Padi ni.

digi internet cili padi

Minggu lepas, Abang Nara sempat menemuramah para peserta GV6 secara ringkas untuk mengetahui perasaan dan pengalaman mereka sepanjang berada di dalam program ini. Jadi khas untuk anda semua, Abang Nara kongsikan beberapa fakta menarik tentang GV6 yang pasti membuatkan anda lebih teruja.

1. Naqiu jadi pilihan untuk bergelar JUARA

Naqiu GV6

Salah satu soalan wajib yang Abang Nara tanya kepada kesemua peserta GV6 ialah siapakah peserta yang paling memberikan saingan sengit kepada anda?. Rata-rata kesemuanya memberikan jawapan yang sama iaitu Naqiu. Fuh!! Ternyata kehebatan nyanyian Naqiu bukan sahaja diakui oleh para penonton, malah oleh para peserta GV6 sendiri. Adakah ini bermakna Naqiu adalah calon pilihan untuk bergelar juara GV6? Sama-sama kita nantikan sehingga konsert akhir kelak.

2. Sham Visa akui terima mesej isteri orang

Sham Visa

Wajah kacak Sham Visa sehingga digelar Tony Stark Malaysia sememangnya membuatkan ramai wanita yang jatuh cinta dengannya. Apabila ditanya tentang kebenaran gosip dirinya menerima mesej daripada isteri orang, Sham Visa mengakui desas-desus tersebut.

Sham Visa Tony Stark

Tetapi bukanlah mesej ajak bercinta, mengorat atau nak ajak melakukan skandal, sebaliknya ia adalah mesej yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan agar Sham Visa terus kekal berjuang di dalam GV6. Dah jadi isteri pun tak salah untuk minat Sham Visa kan?

Nak ikuti artis-artis fevered GV6 anda di Facebook, Twitter dan Instagram tanpa risaukan data habis? Digi CILI PADI berikan MAXIMUM SOCIAL untuk ketiga-tiga applikasi ini dengan hanya kurang daripada RM 1/sehari sahaja untuk tempoh 30 hari.

4

3. Nantikan single terbaru para peserta GV6

Ha buat para peminat yang risaukan aktiviti artis kegemaran mereka selepas tamatnya GV6, anda tak perlu risau lagi. Ini kerana apabila ditanya tentang perancangan mereka selepas tamatnya program ini, rata-rata menjawab mereka bakal mengeluarkan single terbaru untuk melepaskan rindu para peminat. Salah seorang peserta iaitu Roy pula mempunyai perancangan untuk memuatkan kesemua lagu yang pernah didendangkan di GV6 secara versi penuh di dalam satu album. Senang cakap, masing-masing dah ada plan untuk masa depan untuk memastikan nama mereka terus kekal relevan selepas tamatnya GV6.

4. Pengikut Instagram meningkat beratus ribu

Penangan GV6 untuk para peserta yang bertanding memang lain macam. Salah satu yang boleh dijadikan kayu ukuran ialah jumlah pengikut di Instagram. Contoh terbaik ialah Naqiu yang hanya mempunyai jumlah pengikut kurang 20,000 orang sebelum bermulanya GV6. Sekarang ini dah 173,000 orang dah. Selain itu, Sham Visa juga menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu daripada 2,300 pengikut kepada 94,2000 pengikut sekarang. Gila tak gilalah kuasa GV6 ini. Memang lain macam!!!

Data asyik habis sebab sebab layan GV6 kat YouTube? Dengan Digi CILI PADI, anda bukan sahaja dapat Unlimited YouTube, malah ada MAXIMUM MUSIC dan MAXIMUM GAMING untuk layan lagu dan main PUBG tanpa sebarang gangguan!!!

5

5. GV6 dipanjangkan selama 11 minggu

Pertama kali dalam sejarah penganjuran GegarVaganza, semalam telah diumumkan bahawa pertandingan ini bakal dipanjangkan sehingga 22 Disember kelak. Ini bermakna kesemua para peserta GV6 yang masih kekal akan bertarung selama 11 minggu. Fuh!!! Kalau tak silap, pihak penganjur membuat keputusan ini kerana sambutan yang diterima untuk GV6 terlalu hangat. Ramai yang enggan GV6 tamat terlalu cepat, jadi terpaksalah ia dipanjangkan. Sudah tentu ini adalah satu berita gembira untuk para penonton GV6 kerana dapat melihat persembahan artis kegemaran mereka lebih lama lagi. Tak gitu?

Untitled-1

Jadi siapakah yang anda rasa akan bergelar juara GV6? Dan apa pula pandangan anda tentang GV6 tahun ini? Adakah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.




Live Website Traffic


loading...