EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dayang Nurfaizah hargai lagu malar segar

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0
Dayang Nurfaizah tampil dengan album klasik malar segar, Belagu.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BERKEYAKINAN dengan kebolehan diri, Dayang Nurfaizah memilih untuk tampil dengan album penuh walaupun sekarang kebanyakan penyanyi selesa tampil dengan single.

Cuma kali ini album studio kesembilan Dayang, bukan menampilkan lagu-lagu asal dendangannya tapi beliau menyanyikan semula lagu-lagu klasik malar segar mengikut gayanya tersendiri.

Terdapat lapan lagu dalam album berjudul, Belagu dan lagu Tudung Periuk, dijadikan single pertama album tersebut. Tudung Periuk merupakan dendangan asal oleh Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma daripada filem Sumpah Orang Minyak yang diterbitkan pada 1958.

Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu-lagu klasik malar segar dengan gaya tersendiri.

Bagi pendengar baharu, mungkin mereka tidak akan perasan bahawa itu adalah lagu malar segar kerana susunan muziknya telah digubah dengan begitu menarik oleh penerbit Aubrey Suwito.

Beliau memilih Tudung Periuk sebagai single pertama kerana kemasyhuran lagu tersebut dalam kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi.

Liriknya yang begitu puitis disempurnakan lagi dengan melodi yangmengasyikkan, Tudung Periuk cukup jelas mempamerkan keaslian muzik tradisional Melayu. Kami melancarkan lagu ini terlebih dahulu sebagai pembuka kepada semua peminat supaya mereka tahu apa yang bakal kami sajikan.

Kita bagi peminat dengar Tudung Periuk dulu sebelum mereka mendengar lagu-lagu lain yang bakal dilancarkan kelak. Jika mereka sukakan Tudung Periuk pastinya mereka akan sukakan suntikan segar pada lagu-lagu di dalamBelagu, katanya penuh harapan.

Kerjasama hebat antara Dayang Nurfaizah dengan Aubrey Suwito.

Keistimewaan yang mahu diketengahkan dalam album Belagu,tidak hanya pada susunan muzik sahaja namun juga pada proses rakamannya sendiri.
Dayang mahu mengalami sendiri bagaimana merakamkan lagu dengan iringan muzik secara langsung lantas mencetus idea untuk beliau membawa studio rakaman ke ruang yang lebih besar.

Beliau mengambil masa dua hari untuk proses rakaman lagu secara langsung dengan diiringi pemuzik prosional di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Dayang Nurfaizah harap pendengar muda dapat menghargai lagu-lagu lama yang penuh nostalgia itu.

Menerusi albumBelagu, saya mahu memperkenalkan semula lagu Melayu klasik kepada generasi muda dalam bentuk yang lebih ringan dan segar.

Lagu Melayu klasik sudah punya ritmanya sendiri, baitlirik yang cukup indah dan begitu juga cara penyampainnya. Kami ada menyuntik kelainan pada persembahan lagu-lagu ini tetapi keaslianmelodinya masih dikekalkan, jelas Dayang.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini adalah Jikalau Abang Merindu, Tak Seindah Wajah, Malam Ku Bermimpi, Gurindam Jiwa (duet bersama Hael Husaini), Tari Tualang Tiga, Dikirim Jangan Dipesan Jangan dan Kenang Daku Dalam Doamu.

Melihat kepada senarai lagu yang terdapat dalam album Belagu yang diterbitkan oleh syarikat milik Dayang iaitu DM & AD Entertainment Sdn. Bhd., peminat pasti terhibur kerana lagu-lagu yang dipilih cukup popular.

Album Belagu akan temui peminat pada 12 Februari 2021.

Malah album yang diterbtikan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan diedarkan oleh Universal MusicMalaysia itu, pasti mengimbau nostalgia pada penggemar irama klasik.

Bagi yang tidak sabar untuk mendengar lagu Tudung Periuk, pastikan anda mendengarinya di semua platform digital seperti Spotify,iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Musicbermula15 Januari 2021.

Manakala album Belagu, edisi digitalakan dilancarkan pada 12 Februari 2021 dan pre-order, pre-add, pre-save boleh dibuat di semua platform digital sekarang.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...