EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Datuk Red Enggan Bercerai, Mahu Tackle Dan Pujuk Adira

0 month ago, 09-Oct-2019

Lama memendam perasaan, penyanyi Adira Suhaimi tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian, tetapi suaminya Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih mesra disapa Datuk Red enggan berpisah dan ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

datuk red adira cerai

Menurut Datuk Red, dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai suami dan bapa, dia mengakui alpa dengan kehidupan dunia. Namun, dia akan menggunakan peluang yang ada untuk menambat hati Adira semula.

 

Saya nak berkahwin bukan untuk bercerai dan saya akan pertahankan perkahwinan ini selagi hayat saya ada. Saya akui sepanjang empat tahun berkahwin saya alpa dengan kehidupan dunia.

Saya akan cuba tackle dan pujuk dia semula. Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak.

datuk red pujuk adira

Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata termasuk seorang anak perempuan yang berusia dua bulan.

Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube Harian Metro




Live Website Traffic


loading...