www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dah la Datang Lambat, Lepas Itu Sibuk Bergambar Sharifah Sakinah Sound Tetamu Jemputan KLFW

2 month ago, 10-Aug-2018


Setiap tahun Kuala Lumpur Fashion Week akan diadakan untuk menampilkan busana unik rekaan terkini daripada pereka fesyen tempatan yang terkenal.

Pastinya acara besar begini menjadi tumpuan ramai dan dihadiri oleh selebriti, fashionista, VIP serta social media influencer yang memeriahkan lagi majlis.

Walaubagaimanapun, pelakon Sharifah Sakinah merasa bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap tetamu yang tidak menepati waktu dan seakan tidak menghormati atur cara seperti yang ditetapkan oleh penganjur. Apa yang membuatkan beliau lebih terkilan ialah mereka yang datang lambat ini hanya bersikap bersahaja dan boleh pula membuang waktu berborak serta bergambar.

Luahan Sakinah ini memang padu, siapa yang terasa itu janganlah marah ya. Dari segi kita tepati waktu juga boleh melambangkan sifat dan disiplin seseorang itu. Cubalah hormati sesebuah majlis itu.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts