EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Apa Yang Best Akan Datang Pada iOS 15? Ini 4 Kemas Kini Paling Gempak!

0 month ago, 08-Jun-2021

Antara peristiwa penting bagi setiap pengguna Apple setiap tahun adalah Apple Event di mana dorang akan umum pelbagai kemas kini baru untuk peranti-peranti di bawah Apple, dan juga peranti baru. Semalam, dorang baru sahaja mengumumkan perincian baru untuk iOS 15. 

Apple Event bagi pengumuman iOS terbaharu adalah antara yang paling dinantikan sebab memang ramai pun yang pakai iPhone dan perincian baru selalunya diberikan kepada kebanyakan pengguna iPhone, dan hanya terkecuali bagi mereka yang menggunakan model iPhone yang lama. Tapi, antara yang bagus tentang Apple ni, iPhone model 6 tahun lepas pun masih boleh dapat iOS 15 yang akan datang ni. 

Jadi, apa yang mengujakan untuk iOS 15 ni? 

FACETIME

Antara ciri yang paling eksklusif dan paling banyak digunakan para pengguna iPhone adalah Facetime Video Call, dan iOS 15 bakal membawakan pembaharuan yang menarik, dan antara yang menjadi bualan hangat adalah Facetime kini boleh dilakukan dengan pengguna Android. Korang hanya perlu hantar invite link kepada kawan-kawan korang yang pakai Android, dan dorang dah boleh join sekali. Tetapi masih belum ada aplikasi khas Facetime untuk Android, dorang hanya dapat ber-Facetime dengan korang melalui browser.

Selain itu, korang boleh juga kongsi skrin ketika Facetime termasuklah untuk sama-sama tengok Netflix, ataupun mana-mana video yang korang nak tengok dengan kawan-kawan korang, dan boleh juga share senarai main lagu kegemaran korang. Kesemua ini dibawah nama SharePlay.

NOTIFIKASI

Macam sekarang, kalau bangun pagi kadang-kadang penuh telefon korang dengan notifikasi bersepah dan korang kena tengok satu-satu dan pastikan korang tak terlepas mana-mana yang penting. Tapi kini notifikasi di iOS 15 akan menjadi semakin pintar dengan Notification Summary. 

Notification Summary secara ringkasnya akan meringkaskan notifikasi korang ke dalam satu kolum di mana ianya akan menjadi lebih mudah untuk korang catch up balik dengan perkara yang korang terlepas bila korang tidur, ataupun selepas mesyuarat yang penting. 

Selain itu, kalau korang letak telefon korang di dalam mod Do Not Disturb, dorang yang menghubungi korang akan mendapat notifikasi yang telefon korang dalam mod Do Not Disturb, jadi dorang tahu yang korang tak akan respon atau membalas dalam masa yang terdekat. 

Korang juga akan diberikan pelbagai mod untuk dipilih, seperti mod 'Kerja', jadi hanya aplikasi tertentu sahaja yang boleh menghantar notifikasi pada korang.

LIVE TEXT

Live text adalah perincian baharu di mana sistem kamera diberikan kemampuan untuk membaca text di dalam penglihatan kamera yang mana korang boleh terus copy. Yang paling menarik sekali, kalau ada nombor telefon yang tertera, korang boleh terus imbas dengan kamera dan terus buat panggilan. Hebat kan? 

PETA 3D

Apple Maps gets an upgrade, with

Sejujurnya, peta pada iPhone bukanlah yang terbaik dan mesti korang lebih gemar menggunakan Google Maps ataupun Waze. Namun, kemas kini terbaru dari Apple akan memberikan lakaran 3D pada mercu tanda sesebuah kawasan bagi memudahkan pengguna untuk mengenalpasti arah. Selain itu, ciri untuk pejalan kaki juga akan diberikan kemas kini "Augmented Reality" di mana korang boleh menggunakan kamera untuk mendapatkan arah dengan lebih tepat. 

Jadi, bila iOS 15 akan datang pada korang? 

Seperti biasa, pencirian baru selalunya akan diberikan fasa percubaan (BETA), dan selalunya akan diberikan kepada kesemua pengguna lebih kurang pada bulan 9. 



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...