www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PH Amal Dasar Tidak Mesra Rakyat, Sulitkan Permohonan Bantuan Sara Hidup Pemuda Kedah

0 month ago, 13-Feb-2019


ALOR SETAR, 13 Feb – Pemuda UMNO Kedah mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula prosedur permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) supaya memudahkan pemohon.

Ujar Ketua Penerangannya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, ini berikutan terdapat banyak rungutan tanpa henti daripada rakyat yang memohon BSH kerana terpaksa berhadapan prosedur yang amat menyusahkan.

Antara aduan yang diterima adalah perlu mengemukakan pelbagai sijil seperti sijil nikah, yang pada sebahagian warga emas di kampung entah ke mana hilang sijil berkenaan.

Begitu juga perlu menunjukkan bukti pendapatan yang bagi orang kampung yang bekerja sendiri mana ada slip gaji yang boleh dikemukakan.

Bagi yang mahu mengisi secara dalam talian juga mendapati sistem yang digunakan tidak cekap, menyulitkan proses dan akhirnya mereka terpaksa bersesak ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengisi secara manual, katanya dalam satu kenyataan.

Permohonan bagi mendapatkan BSH telah dibuka mulai 1 Feb lepas sehingga 15 Mac ini.

Bidasnya lagi, sudahlah kerajaan PH sekarang ini menyusahkan dengan pelbagai dasar yang tidak mesra rakyat, sekarang hendak memohon bantuan yang nilai sudah kurang berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga disulitkan.

Adakah kerajaan memang sengaja menyulitkan proses permohonan supaya jumlah pemohon kurang dan sekaligus menjimatkan duit kerajaan?

Jikalau wujud walau setitik niat sebegitu, kerajaan sebegini amat zalim, tegasnya.

Justeru, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar itu berharap kerajaan mengkaji semula prosedur supaya memudahkan rakyat membuat permohonan.

Permudahkan permohonan, buka sebanyak ruang kepada seramai mana yang layak bagi membuat permohonan.

Wujudkan skuad sukarelawan membantu warga emas di kampung-kampung, orang kurang upaya dan mereka yang jauh dari pekan membuat permohonan, katanya lagi.

Kerajaan PH gesanya juga perlu belajar bagaimana BR1M diuruskan dan dipermudahkan urusan permohonannya sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada BR1M proses borang boleh selesai di peringkat kampung sahaja.

Kalau tidak tahu bagaimana… mari Pemuda UMNO Kedah bagi tutorial, sinisnya lagi. MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts