EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Darah Keluar Dari Hidung, Gusi Berdarah, Jantung Terhenti Selama 45 minit Gara2 Makanan Tercemar

0 month ago, 20-Nov-2020

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan cerita kematian remaja lelaki berusia 16 tahun akibat keracunan makanan. Difahamkan ianya berpunca dari makanan yang dibeli dari ‘carboot sale’.

Corndog tercemar

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Zaridah Salleh, jirannya mengalami muntah-muntah dan cirit birit yang teruk selepas memakan corndog.

Mangsa sebelum itu mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit teruk sehingga tidak sedarkan diri serta terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Assalamualaikum kepada warga car boot sale.

Kalau makanan tak habis jual hari ini, lebih baik sedekah atau jual dengan harga murah, janji balik modal.

Jangan di jual esoknya terutama corndog.

Saya agak hari sabtu hujan lebat siap ribut lagi. Tak boleh niaga, simpan jual hari Ahad.

Penangannya satu family beli 4 corndog. Satu kakaknya makan kerat dan rasa lain. Kakaknya buang kulit tinggal hotdog dan cheese, makan sikit tak jadi juga sebab tak sedap.

Disambung adik bongsu makan sikit, still rasa tak sedap. Datang si abang kepada yang bongsu makan kesemua tiga lagi corndog.

Meninggal lepas seminggu

Selepas seminggu koma di wad, remaja tersebut didakwa sudah meninggal dunia oleh rakan sekolahnya.

Dah seminggu koma, tiba-tiba mak saya dapat panggilan dari mak dia mengatakan bahawa dia sudah tak ada.

Darah Keluar Dari Hidung, Gusi Berdarah, Jantung Terhenti Selama 45 minit Gara2 Makanan Tercemar Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...