EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Darah keluar tak berhenti, anak menangis sampai muka biru' - Gara-gara trompet parti, lelangit lembut anak terkoyak

0 month ago, 26-Nov-2019


Alat-alat permainan dan anak-anak kecil tidak dapat dipisahkan. Warna, struktur bentuk dan bunyi menarik perhatian mereka.  Kadangkala tanpa disedari, ada anak-anak kecil masukkan alat permainan ini ke dalam mulut. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak-anak.

Begitu juga peringatan yang diberikan oleh wanita ini kepada ibu bapa di luar sana. Kejadian yang menimpa anaknya yang berusia dua tahun itu mengejutkannya. Bahagian dalam mulut anaknya terkoyak setelah peniup parti hari lahir tercucuk masuk ke dalam mulut.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Untuk pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka. Apa pun yang anak-anak kita pegang main kena lihat boleh terjadi tercucuk di mata,hidung atau seperti sekarang yang terjadi pada anak sendiri. 

Apa-apa pun tujuan saya up date cerita ini hanya untuk dijadikan sekadar peringatan, pengajaran dan pengalaman agar lebih berhati-hati untuk masa depan anak. Saya tak pandai nak bercerita panjang, saya cuba ringkaskan ceritanya.

Anak saya Nur alisha Safiya binti Mohd Khairul Anuar umur  dua tahun main benda yang tiup-tiup besday parti tu. Dia tengah letak kat mulut sambil tiup-tiup. Dia terjatuh tersembam, tergodok masuk ke dalam mulut, koyak. 

Berlaku depan mata saya sendiri. Darah banyak tak berhenti. Saya dah gigil tengok darah banyak tak berhenti. Suara dia tak ada nangis sampai muka biru. Basuhkan muka dia, bagi dia minum air sejuk.



Bila dah berhenti darah, tengok koyak besar. Bergegas ke hospital terus doktor buat surat ke pakar sebab di bahagian dalam mulut tipis. Doktar terus hantar ke pakar, tanya untuk buat jahitan. 

Saya yang salah. Tapi jadi peringatan dan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana. Maaf bukan untuk meminta simpati atau buka aib sendiri. Kita ingat untuk happy anak main. Walaupun hanya straw jer pun boleh jadi macam ini,dan sebelum saya mengakhiri ringkas cerita saya mintak doakan untuk anak saya yang baik-baik dan cepat sembuh. Terima kasih semua.

: Nur Hidayah Baharom

SUMBER : thereporter.my



Live Website Traffic


loading...