EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rasa Puas Dapat Self Reward, 10 Benda Best Boleh Pertimbangkan

0 month ago, 21-Nov-2020

Pernah ke bila anda sudah bekerja keras dan mencapai matlamat (tak kira kecil atau besar), anda berhenti dan mengupah diri sendiri kiranya self reward?

Tidak tahu pada anda, tapi ramai memang mengamalkan cara ini. Bayangkan bila dah penat mencari rezeki dan bila tiba masanya apa kata spend untuk benda yang diidamkan, walaupun mengambil masa yang lama. Dah lama teringin nak pakai iPhone, dah ada bajet lebih tukarlah.

Percayalah cara ini akan membuatkan anda semua rasa puas dan ingin meneruskan usaha dan keras kerja lagi. Lagipun bukan selalu nak belanja diri sendiri.

IKLAN

Bila kita tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita.Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!

Bila tiba masa nak self reward, ini ada beberapa idea boleh dipertimbangkan.

Tiket Konsert

Foto Kkday

Beli tiket konsert penyanyi yang anda suka. Kalau layan K-Pop cuba lihat selebriti mana yang akan datang. Nak dapat seat paling depan, kenalah berhabis sedikit. Agak mahal tapi apa salahnya, sekali seumur hidup orang kata.

Beli Sneakers Paling Mahal

Rasa cemburu membuak-buak bila melihat Scha Alyahya atau Sandara Park bergaya sakan dengan trend sneakers baru.

Foto -www.highsnobiety.com

Jadi inilah masanya upah diri sendiri, ada Balenciaga, Yeezy, Saint Laurent dan pelbagai lagi di pasaran. Pilih mana berkenan.

Koleksi Mekap Edisi Terhad

Anda gila mekap? Idea Wanista upah diri dengan koleksi terkini dari si seksi Kylie Jenner atau apa sahaja yang jenama kamu suka.

Foto Hypebae

Sebelum nak beli, pastikan tonton dan baca review supaya nanti tak menyesal beli mekap yang tak sesuai dengan muka.

IKLAN

Makeover Rambut Baru

Foto Salon

Apa yang kamu boleh lakukan ialah dapatkan gaya rambut baru atau cuba warna rambut segar seperti pastel atau rainbow. Cool kan?

Masak Makanan Paling Teringin Nak Makan

Kalau suka makanan Korea, inilah masanya kamu praktikkan. Beli semua kelengkapan dan masak sambil menonton tutorial.

Foto Petersons

Google sahaja resepiyang menyediakan resepi hidangan Korea, manisan serta pelbagai lagi aneka makanan yang mudah dan sedap.

Window Shopping di Kedai Vintaj, Antik

Foto TripAdvisor

Cuci mata di pasar lambak, kedai antik, kedai vintaj atau perabot. Mana tahu anda jumpa yang berkenan boleh terus beli.

Enjoy Home Spa

Foto Hjabista

Manjakan diri dengan spa mewah buatan sendiri. Boleh cuba aromaterapi,manicure atau pedicure, mungkin facial mask.

Sightseeing/Roadtrip

Foto PlanetWare

Sebagai contoh ke tempat pelancongan tempatan yang sebelum ini anda tidak pernah berkesempatan berkunjung. Ala sesekali cubalah cuti-cuti Malaysia pula.

Beli Telefon Pintar Idaman

Dari dulu terasa nak tukar smartphone baru. Jadi inilah masanya anda self reward, paling latest iPhone 12, yang ramai sangat kemaruk. Lihat mana yang paling berkenan dan sesuai dengan bajet.

Foto Apple Insider

Pergi Travel

Cuba cari masa dengan pergi melancong ke luar negara. Buat perancangan negara yang ingin dikunjungi dari mula hingga habis agar smooth perjalanan.

Foto Times of India

Nak travel solo boleh, nak ramai dengan rakan atau keluarga lagi best. Ingat jauh perjalanan, luas permandangan. Banyak benda anda boleh belajar di tempat orang.

Pesanan penulis, jangan sesekali kedekut dengan diri sendiri ye.



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...