EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dapat Layanan Istimewa Di PPV, Pelakon Zoey Rahman Beri Penjelasan

0 month ago, 11-Jun-2021

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Zoey Rahman ada berkongsikan video memaparkan dia sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin jenis Sinovac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Rabu lalu.

BACA: Kini Bergelar Jutawan Kosmetik, Zoey Rahman Tak Peduli Kata-Kata Sinis Orang

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian adalah ada segelintir netizen mempersoalkan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di KLCC itu khas untuk golongan orang tua dan juga orang kelainan upaya (OKU).

View this post on Instagram

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

“Bukankah KLCC untuk orang OKU dan warga emas ke? Aktor dapat layanan istimewa?

Berikutan dengan dakwaan itu, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman ini memberitahu bahawa dia hanya mematuhi arahan yang diberikan dalam aplikasi MySejahtera tersebut.

Ujarnya lagi, dia sendiri tidak tahu pusat vaksin bertempat di KLCC itu untuk siapa dan golongan khas yang tertentu.

Komen IG Zoey : Instagram Zoey Rahman  

Sebelum ini, Zoey juga ada menzahirkan perasaan sedih kerana tidak dibenarkan merakam video sepanjang proses suntikan vaksin berlangsung namun akur dengan arahan petugas kesihatan.

Dia yang dihubungi media turut memaklumkan bahawa keadaan dirinya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang simptom teruk selepas menerima suntikan pertama.

Dapat Layanan Istimewa Di PPV, Pelakon Zoey Rahman Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...