EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sayu dapat tahu kisah motor lelaki OKU terbakar, Ustaz Ebit hantar bantuan

0 month ago, 21-Nov-2020

SAYA hadiahkan motor baru untuk abang ini serta sedikit duit belanja.

Itu perkongsian penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew setelah membelikan sebuah motor baru sebagai hadiah untuk seorang lelaki.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau merasa sebak apabila mendapat tahu ada seorang lelaki bersama dua anaknya memerlukan bantuan di Johor.

Sebak rasa baca pasal abang OKU bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan.

Abang polis Johor cuba bantu beliau. Terima kasih Polis Johor. Syukur ramai datang bantu. Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja.

Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga di situ. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.

Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kasih walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini, tulisnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan hasrat seorang lelaki Orang Asli yang sedang dalam perjalanan untuk membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Johor musnah, apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, Johor.

Menerusi hantaran Facebook Polis Daerah Kulai, kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal itu.

Malah katanya, lelaki berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun itu juga tersesat ketika dalam perjalanan ke Baitulmal itu bagi memohon bantuan.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadam atas tindakan pantas seorang anggota daripada Balai Polis Senai, Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu sedang bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai. Walau bagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut.

Baca jugaKehilangan ibu, 16 ahli keluarga positif Covid-19 Wanita kongsi pengalaman 2 minggu di ICU

Post Views: 91





Live Website Traffic


loading...