EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak Dapat Gugurkan Anak, Ibu Bagi Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

0 month ago, 27-Nov-2019


Semakin lama, masalah pengabaian anak dan bayi semakin meningkat di seluruh dunia hingga ada beberapa negara mengambil inisiatif untuk membenarkan pengguguran kandungan bagi menyelesaikan masalah ini sementara ada segelintir negara yang mengharamkan pengguguran.

Antara negara yang mengharamkan pengguguran janin adalah Kenya. Ia hanya dibenarkan jika ia adalah kecemasan perubatan atau boleh membahayakan nyawa ibu.

Kerana kerajaan di sana mengharamkan perbuatan ini, negara ini sekarang mengalami krisis di mana ibu-ibu di sana mencari cara lain untuk membuang anak-anak yang tak diperlukan.

Kalau korang nak tahu, salah satu cara ibu-ibu dekat sana nak bunuh bayi dorang ni adalah dengan memberikan bayi dorang minum Coca Cola, ginger beer dan minuman bikarbonat yang lain dan bukannya susu ibu sebagai alternatif tak dapat gugurkan anak, lapor Daily Mail.

Ini kerana, bayi yang baru lahir sangat bergantung dengan nutrisi dari susu ibu untuk terus hidup. Tanpanya, bayi boleh kebulur dalam masa beberapa hari. Nak pulak, air bikarbonat ni memang tak ada nutrisi langsung.


Vincet Odhiambo, aktivis hak asasi manusia di Kibera mengatakan yang dia menerima laporan, seorang wanita telah memberikan bayi perempuannya Coca Cola hingga anaknya overdose. 

Beberapa wanita tak bersedia untuk mempunyai keluarga, dan di sana, ia diketahui kalau beri bayi Coca Cola, mereka akan mati.

Bayangkan, bayi yang masih kecil diberi Coca Cola instead of susu ibu, mereka boleh bertahan paling lama pun tiga hari.

Membunuh bayi yang baru lahir merupakan kes yang tersangat teruk sampai mengutip bayi yang terbiar atau mati di tong sampah atau sungai dah jadi seperti aktiviti harian pekerja di sana.

Bukan tu saja, ada juga ibu-ibu di sana yang memilih untuk berjumpa dengan doktor tak bertauliah dan melahirkan anak mereka awal dan bunuh mereka. Prosedur ni bukan je kejam malah ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada ibu yang melahirkan.

Hopefully kerajaan Kenya buat somethinglah untuk halang benda ni. Dah teruk sangat dah

: Lobakmerah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...