EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Awak Dapat Emel Ke Daripada Malaikat Maut? Dr Mala Pertikai Cerita Tentang Akan Mati Dua Tahun Selepas Ambil Vaksin

0 month ago, 09-Jun-2021

Seorang doktor menjadi viral apabila menjawab soalan berkenaan pengambilan vaksin.

Menerusi satu video yang viral itu, individu yang dikenali sebagai Dr. Mala itu menjawab pertanyaan tentang seseorang itu akan mati selepas dua tahun mengambil vaksin.

Saya nak tanya siapa yang mula-mula sebarkan berita ni. Saya nak tanya awak dapat emel ke daripada Malaikat Maut? Awak ada spy ke kat after death life punya petugas, tiba-tiba ada orang hantar SMS kat awak.

Mana awak dapat berita dua tahun. Kenapa bukan tiga tahun? Kenapa bukan setahun setengah. Siapa yang bagitau awak dua tahun? Awak ni PA Malaikat Maut ke? tegasnya.

Jelasnya, dia sendiri berasa hairan apabila ada pihak-pihak yang telah menyebarkan cerita sedemikian.

Jelasnya, dia meminta supaya orang ramai tidak mempercayai cerita-cerita sedemikian yang secara terang-terangan adalah menipu dan tidak logik.

Dua tahun tu selepas dos pertama atau kedua? Siap ada yang DM tanya adakah saya akan meninggal dalam masa dua tahun sebab saya dah complete ambil dua-dua dos?

Saya peliklah kalau korang tak mati sebab vaksin korang boleh lari daripada mati ke? Sat lagi terpijak batu pun boleh mati guys. Dalam tidur terlupa nak bernafas pun boleh mati, tegasnya.

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...