www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Nora Danish Teringin Timang Cahaya Mata Perempuan Pula

0 month ago, 06-Dec-2018


Mempunyai keluarga bahagia lengkap dengan dua orang cahaya mata lelaki, pelakon Nora Danish mengimpikan anak perempuan pula sekiranya beliau dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.

Namun, perancangan beliau untuk berbadan dua lagi bukanlah dalam masa terdekat memandangkan anaknya, Ney Ney masih lagi kecil dan memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Kalau dapat seorang pun jadilah. Tetapi, perancangan untuk mengandung lagi bukanlah dalam jangka masa terdekat ini kerana anak bongsu saya, Mohamed Neqayl Nedim (Ney Ney), baru berusia sembilan bulan. Ney Ney pun masih kecil lagi dan dalam proses membesar. Alhamdulillah, yang penting Ney Ney membesar dalam keadaan sihat. Dia pun sekarang kuat makan dan senanglah menguruskan penjagaan hariannya. Suami saya, Nedim Nazri juga banyak membantu.

Sebelum ini, hati Nora pernah terguris sehingga menangis saat netizen dengan biadab mengutuk serta menghina paras rupa Ney Ney, tetapi kini aktres itu mula merasa gembira melihat penerimaan baik netizen terhadap anaknya itu.

Biasalah, dalam dunia teknologi masa kini sesiapa saja boleh mengata apa-apa. Saya lebih selesa tak ambil peduli mengenainya. Saya sudah lali dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan sebelum ini dan sekarang selesa membiarkan saja dan tidak pedulikan langsung. Sekarang, saya sudah ke tahap tak payah peduli. Nak kecam atau apa, suka hati mereka. Biarkan saja, asalkan mereka puas.

Semoga dimakbulkan impian Nora itu, siapa tahu selepas ini ada rezeki untuk dapat anak perempuan pula. Barulah hot mummy ada geng.

Berita : Harian Metro



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts