EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nora Danish Bertudung Litup, Peminat Pun Dah Naik Pening

0 month ago, 10-Oct-2021

Pelakon Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia tampil manis bertudung litup di ruangan Instagram miliknya.

Advertisement

Tindakannya itu ternyata telah mengundang perlbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya positif termasuklah daripada rakan selebriti.

Namun, bahagian kapsyen foto tersebut menjelaskan bahawa pelakon filem Bukan Cinta Malaikat itu sebenarnya hanya mempromosikan busana baju kurung daripada satu jenama dan turut mengadakan cabutan bertuah buat peminat bertuah.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji penampilan Nora yang kelihatan lebih tenang dan muda seperti artis bertudung lain seperti Mira Filzah.

Namun, ada juga yang menasihatkan Nora untuk terus menutup aurat dan memakai pakaian yang lebih sopan selepas ini.

Advertisement

Kejap buka kejap tutup, pening aku sebagai netizen. Korang jangan kecam aku cakap je, sebab cantik bila dia tutup, bila buka mata aku auto jadi sedih.

Terdahulu, Nora telah menuai kritikan peminat apabila dia memuat naik foto memaparkan aksi ‘daringnya’ ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Nora Danish Bertudung Litup, Peminat Pun Dah Naik Pening first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...