EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Maut dalam kemalangan, adik mandikan motosikal arwah abang guna air Yasin

0 month ago, 05-Apr-2021

Siapa sahaja yang tidak berasa sedih apabila insan paling rapat dalam hidup pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, betul tak?

Bagaimanapun bagi yang masih hidup, meskipun sangat perit kehidupan perlu diteruskan bersama kenangan ditinggalkan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah nasib yang perlu dilalui oleh seorang remaja setelah kehilangan satu-satunya abang kesayangannya yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Kisah sedih yang berlaku pada setahun lalu diceritakan kembali oleh ibu mereka bernama Nor Rasul menerusi aplikasi TikTok.

@norrasul2

tak bergaduh dri kecil,tak pernah berpisah hanya kematian yg memisahkan merekearwah syg si adik sampai mati pun dipangkuan si adik#al fatihah

? Sayang Sampai Mati Repvblik

Pemergian Allahyarham cukup memberi kesan kepada adiknya, memandangkan mereka memiliki jarak umur hanya setahun.

Tambahan lagi mereka dikatakan sangat rapat, tidak pernah bergaduh dan tidak pernh berpisah sejak dari kecil. Bagai isi dengan kuku, ke mana-mana sahaja sentiasa berdua.

Malah, lebih menyedihkan apabila si ibu bercerita arwah si abang terlalu sayang terhadap adiknya sehingga sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir pun, dia meninggal dunia dalam pangkuan si adik.

Selain itu, antara detik yang paling menyentuh hati adalah si adik sanggup membaiki semula motosikal arwah abang dan memandikannya dengan air Yasin.

@norrasul2

Selepas kemalangan,si adik baiki moto arwah abg..dimandikan dng air yasin,,begitu lembut ia mandikan moto tu,,sayu tengok!!!

? bunyi asal Nor Rasul Nor Rasul

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa ahli keluarga terbabit. Selain itu, mereka turut terharu melihat kasih sayang adik terhadap seorang abang.

Dalam pada itu, netizen sempat menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

: TikTok @norrasul2



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...