EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dakwaan Langgar SOP, Program All Together Now Malaysia Digantung Sementara

0 month ago, 09-Jun-2021

Baru satu episod ditayangkan, netizen mendakwa program All Together Now Malaysia melanggar prosedur operasi standard (SOP). Ini berikutan 50 juri yang dibarisi selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka.

BACA: Dianggap Menyemak, Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia (ATNMY)

Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan siasatan lanjut dibuat susulan dakwaan yang timbul. Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program berkenaan.KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit.Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak penerbitan rancangan tersebut telah memutuskan untuk menghentikan sementara program sehingga siasatan selesai.
Foto: Harian Metro
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program dibuat sekitar Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka.Katanya, rakaman program berkenaan turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan untuk memantau keadaan. 

Advertisement

Dakwaan Langgar SOP, Program All Together Now Malaysia Digantung Sementara first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...