EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Buat Nasi Dagang Ekspres, Tak Perlu Kukus. Tanak Macam Masak Nasi Biasa

0 month ago, 27-Aug-2021

Ramai suka makan nasi dagang tapi bila teringat nak buat nasi kena kukus bagai mulalah cancel hasrat nak masak.

Tapi sebenarnya ada saja cara masak nasi dagang yang ekspres tak perlu kukus dan masak macam biasa saja.

Caranya dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.

Cara masak nasi dagang ekspres, tak perlu kukus

Nasi dagang ekspres habang MM stail, tak perlu kukus, masak macam biasa saja.

Bahan nasi dagang:
1 cawan beras basmathi
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
Halia dihiris
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa/santan kotak secukupnya campurkan dengan air.Jangan pekat sangat pulak.
*Kuantiti santan ikut jumlah cawan beras atau lebihkan sedikit.

Cara membuat nasi dagang tanpa kukus

1. Beras perang direndam dahulu beberapa jam atau semalaman. Saya guna steamed basmathi, hanya rendam dalam 10 minit cukup.

2.Basuh semua beras, masukkan semua ke dalam periuk.

3. Campurkan santan dengan air. Sukatannya; saya lebihkan,jadinya 4 cawan santan,3 cawan beras atau ikut kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.
– Saya lebihkan sedikit santan biar berminyak/berkilat sedikit nasi dagang.
– Kalau guna santan kotak boleh letak 1 atau 2 sudu minyak masak untuk kilatkan nasi dagang nanti.

4. Masukkan hirisan bawang dan halia serta halba. Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.

– Kalau nampak nasi macam kurang masak boleh tambahkan santan.

Cara buat gulai ikan tongkol

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol, (ikan ayer hitam) – dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap rose mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap rose mawar
1 batang kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan (jika suka)
Cili kisar – ikut tahap kepedasan
Bawang besar, halia dan bawang putih – dikisar
Lengkuas – dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik (saya suka lebihkan)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus

Cara membuat gulai

1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.

2. Masukkan semua rempah, gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan. Biarkan sampai mendidih.

3. Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan. Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka, tomato/belimbing buluh dan cili. Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak. Akhir sekali masukkan telur rebus.

Tip: Kalau nak buat sarapan, seeloknya masak lewat malam, biarkan semalaman.Kuah akan lagi cantik dan sedap. Pagi esoknya hangatkan saja sekejap dan hidang dengan nasi dagang panas.

Cara buat acar

Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Dah siap semua, hidangkan.

Selamat mencuba.

: Muhamad Muktamin Abdul Karim.

Cara Buat Nasi Dagang Ekspres, Tak Perlu Kukus. Tanak Macam Masak Nasi Biasa Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...