EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Daftar Pakej Remaja & Peranti Keluarga Malaysia: Bantuan Akses Internet

0 month ago, 15-Oct-2021

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan bantuan akses internet terbaharu kepada pelajar dan remaja serta mereka daripada golongan berpendapatan rendah melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, bantuan akses internet ini diberikan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka berpendapatan rendah.

Pemberian bantuan ini diharap mampu meringankan beban golongan ini khususnya mereka yang menggunakan internet untuk pelbagai urusan seperti aktiviti pembelajaran, e-dagang dan juga hiburan.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendaftar, pendaftaran bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini akan dibuka 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 iaitu selama 6 bulan.

Mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej berbayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Menerusi pakej ini, remaja dan pelajar akan menikmati pakej internet hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (bagi jumlah 90GB).

Bagi data 20GB tersebut, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video atau permainan dalam talian atau aktiviti berbentuk hiburan.

Bagi data produktiviti, ia boleh digunakan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Mengenai Peranti Keluarga Malaysia

Peranti Keluarga Malaysia pula ialah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini juga, pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

Tarikh Langganan

Tarikh Langganan bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia adalah bermula 15 Oktober sehingga 15 April 2021.

Syarikat Komunikasi Terlibat

Terdapat 6 syarikat telekomunikasi yang akan terlibat dalam langganan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini iaitu:

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • TM
  • UMobile
  • Yes

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.

Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan kad pelajar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.kkmm.gov.my/.

Daftar Pakej Remaja & Peranti Keluarga Malaysia: Bantuan Akses Internet SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...