EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dadah bernilai RM 8.1 juta dirampas di Pulau Pinang

0 month ago, 20-Nov-2020


Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.1 juta selepas menahan enam suspek termasuk isteri dan ibu kepada ketua sindiket terbabit dalam empat siri serbuan di negeri ini semalam.

Suspek berusia 28 hingga 59 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dalam operasi khas mulai pukul 4.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, tangkapan dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam berhubung kegiatan pengedaran dadah di dalam bungkusan teh Cina terbabit.

Menurutnya, tangkapan pertama dijalankan ke atas ketua sindiket berusia 35 tahun bersama seorang lagi rakannya semasa berada di dalam sebuah kereta di Sungai Nibong di sini dan merampas sejumlah kecil dadah jenis syabu.

Susulan tangkapan dua lelaki terbabit telah membawa kepada penahanan empat lagi suspek di tiga lokasi iaitu kediaman di Sungai Nibong, Bayan Lepas dan Balik Pulau.

Hasil serbuan yang dijalankan telah menemui 133.3 kilogram (kg) syabu, 20.7kg ketamin dan 11.1kg heroin base di lokasi-lokasi berkenaan. Jumlah keseluruhan dadah terbabit adalah RM8.1 juta, katanya pada sidang akhbar di IPK di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, tangkapan di Balik Pulau adalah membabitkan isteri dalang sindiket berkenaan yang juga warga Thailand berusia 28 dan ibunya berusia 59.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. K! ONLINE



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...