EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cuaca buruk aksi City, West Ham ditangguhkan

0 month ago, 09-Feb-2020

AFP

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City menentang West Ham United adalah di antara acara sukan utama yang ditangguhkan berikutan serangan Taufan Ciara di United Kingdom.

Angin kuat dan hujan lebat mengganggu rangkaian pengangkutan dengan orang ramai dinasihatkan hanya meneruskan perjalanan jika ia betul-betul penting.

Berikutan cuaca buruk dan tidak menentu, bagi menjaga kesalamatan penonton serta petugas, perlawanan hari ini (awal pagi esok) ditangguhkan.

Keputusan ini dibuat oleh Pegawai Keselamatan Manchester City selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan kelab dan pegawai di West Ham United, jelas City dalam satu kenyataan.

Perlawanan ragbi Enam Negara di antara Scotland dan England juga ditangguhkan.

Piala Calcutta antara Scotland dan England semalam berlangsung dalam cuaca buruk tatkala England berjaya mencatat kemenangan 13-6.

Perlawanan EPL yang diteruskan hari ini ialah pertembungan Sheffield United menentang Bournemouth.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...