EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cristiano Ronaldo Mahu Saman Juventus

0 month ago, 16-Sep-2023

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dikhabarkan bakal menyaman bekas kelabnya Juventus ekoran isu gaji tidak dibayar sewaktu era Covid yang lalu.

Ronaldo bermain untuk Juventus selama 3 tahun dan berjaya menjaringkan 101 gol dalam 134 penampilan bersama Juventus.

Menurut laporan Sport Bible, Juventus meminta untuk menangguhkan bayaran gaji sebanyak 19.9 juta bersamaan dengan RM 99.5 juta sewaktu awal tempoh pandemik Covid-19 namun sehinga kini Ronaldo belum menerima sebarang bayaran.

Juventus berjanji kepada Ronaldo untuk membayar balik wang tersebut setelah kelab mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.

???? Cristiano Ronaldo is now set to sue Juventus for not paying him an amount of 19.9M as they had tried to save finances during the COVID era.

Ronaldo has already spoken to the Turin Prosecutors Office about the situation and he took the decision to take action after that. pic.twitter.com/Z7jxtly2uN

— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 16, 2023

Ronaldo bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Juventus setelah segala urusan dokumentasi diselesaikan.

Ronaldo bakal menjadi orang kedua menyaman Juventus ketika ini setelah Leonardo Bonucci juga ingin melakukan tindakan yang sama kepada Juventus atas alasan kekurangan latihan dan persediaan sepanjang bersama Juventus.

Ronaldo pernah menjulang 2 gelaran Serie A dan 1 Piala Itali bersama Juventus sebelum beliau mengambil keputusan untuk kembali ke kelab lamanya, Manchester United pada tahun 2021.




SUMBER : makanbola.com