EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Crash Landing On You 2: Hyun Bin & Son Ye Jin Sudah Temui Lokasi Penggambaran?

0 month ago, 21-Nov-2020

Selepas kejayaan drama bersiri dari Korea Crash Landing On You, pelbagai spekulasi timbul mengatakan penerbitnya kini dalam perancangan untuk menyambung drama berkenaan.

Sementara menunggu berita rasmi mengenai perkara yang ditunggu-tunggu itu, banyak laporan mengatakan bahawa lokasi penggambaran bagi sekuel kepada drama tersebut sudahpun dimuktamadkan. Wah!

Image from Giphy

Pelakon utama drama tersebut iaituHyun Bin dan Son Ye-jin telah berjaya menghidupkan watak mereka menerusi drama berkenaan pada tahun 2020.

Drama yang disiarkan menerusi salurantvN itu bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara mereka, malah berjaya meraih tontonan dari seluruh negara.

Crash Landing On You mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Ye-jin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin).

Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepasparaglidingyang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat.

Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Image from Facebook Hyun Bin ? ? - International Fans

Sementara itu, terdapat sebuah portal hiburan online melaporkan penerbit drama tersebut memberi petunjuk bahawa mereka telahpun memilih beberapa lokasi untuk memulakan penggambaran.

Bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang turut memberi kesan terhadap negara terbabit, penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan dan akan dijadualkan semula.

 

Crash Landing On You Reps Respond To Fan Speculation About Son Ye ...

Walaupun pelakon utama dijangka kembali untuk musim kedua, peminat akan lebih bersemangat jika dapat melihat pelakon-pelakon lain beraksi semula termasukKim Jung, Park Hyoung, Hwang Woo, Kim Yeong, Choi Dae, Soe Ji dan Nam Kyung dalam musim baru.

crash landing on you | K-Drama Amino

 

Crash Landing On You 2: Hyun Bin & Son Ye Jin Sudah Temui Lokasi Penggambaran? first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...