EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#covid19 Zakat Pulau Pinang agih bantuan khas RM14.84 juta

0 month ago, 19-May-2020

Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini menerima sumbangan Bantuan Khas COVID-19 berjumlah RM200,000 daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Butterworth, Rozali Sapirin kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dato Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dekat Ibu Pejabat ZPP Bandar Perda, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberitahu bahawa sebanyak RM14.84 juta telah diagihkan kepada penerima terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan COVID-19.

Jumlah agihan ini meliputi Bantuan Zakat Khas COVID-19, Bantuan Nur Ramadan dan Bantuan Hari Raya kepada kira-kira 20,000 penerima.

Sumbangan yang berikan merangkumi Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 (RM2,089,000); Bantuan Guru-guru Agama dan Guru-guru Tahfiz (RM652,000); Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 (RM1,724,500); Bantuan Masyarakat Rohingya (RM30,000) dan Bantuan Bekalan Bahan Makanan (RM31,772.32).


Selain itu, Bantuan Kecemasan Anak-anak Kariah juga turut disalurkan berjumlah RM1,109,600; Bantuan Sara Hidup Bulanan (Mac dan April) sebanyak RM2,629,300; Bantuan Makanan Bulanan (Mac dan April) sebanyak RM328,844.65; Bantuan Nur Ramadan (RM2,158,100); Bantuan pembersihan nyah kuman masjid dan surau (RM305,600) serta Saguhati Hari Raya (RM4,079,050), jelasnya pada sidang media sejurus selesai majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohd. Kairi Ghazali.

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...