EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#covid19 Kerajaan tanggung kos makanan pelajar IPT tidak pulang ke rumah

0 month ago, 20-Mar-2020

Kerajaan akan menanggung kos perbelanjaan makanan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa berada di kolej kediaman susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lagkah itu diambil selepas menerima aduan daripada ibu bapa dan pelajar yang semakin terbeban dengan kos perbelanjaan makanan.


Kita juga mendapat aduan ibu bapa yang anak mereka belajar di IPT walaupun tidak meneruskan pembelajaran mereka tetapi terpaksa tinggal di kolej kerana tidak dibenarkan pulang ke kampung.

Ramai tidak berkemampuan lagi untuk berbelanja. Kerajaan mengambil keputusan menanggung makanan untuk semua pelajar yang berada di kolej mereka, katanya dalam satu sidang media, hari ini.




Jelasnya, terdapat lebih 60,000 pelajar yang berada di kolej kediaman seluruh negara selepas tidak dibenarkan pulang susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan berjalan selama dua minggu bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Bagaimanapun, tempoh tersebut boleh dilanjutkan bergantung kepada situasi semasa.

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...