EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

COVID-19: Terengganu Umum Tambahan RM960 Ribu Bantuan Keperluan Harian

0 month ago, 25-Mar-2020



KUALA TERENGGANU, 25 Mac -
Kerajaan negeri mengumumkan tambahan peruntukan bantuan barangan keperluan harian sebanyak RM960,000 bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa tiga bagi menangani kesan wabak COVID-19.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pakej rangsangan fasa tiga tersebut akan memberi bantuan segera kepada golongan terkesan dengan penularan virus berkenaan.

Jelasnya, bantuan barangan keperluan asas itu adalah antara inisiatif Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa satu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini membabitkan peruntukan sebanyak RM640,000.

"Peruntukan tambahan ini melibatkan RM30,000 disetiap Dewan Undangan Negeri(DUN) untuk 600 keluarga yang terjejas yang akan dikenalpasti oleh Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Keutamaan pada keluarga yang tiada gaji tetap dan tiada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM )," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya, hari ini.

Terdahulu, Terengganu memperkenalkan bantuan barangan keperluan harian  di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19.

Pakej rangsangan fasa tersebut akan memberi bantuan segera kepada rakyat yang benar-benar memerlukan berupa pakej barangan makanan seperti beras, minyak, gula, teh, sardin dan lain-lain bagi tiap-tiap keluarga.

Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri juga akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.



: teganukita.net

SUMBER : terengganu11.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...