EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid-19: Pesakit pulih dengan ubat Ebola

0 month ago, 21-Mar-2020

Milan: Seorang pesakit berusia 79 tahun yang disahkan positif Covid-19 pulih selepas mengambil ubat digunakan pengidap Ebola.

Berdasarkan kenyataan rasmi kesihatan, pesakit berkenaan memulakan rawatan sejak 7 Mac lalu dan dua ujian negatif diperoleh sepanjang 12 hari di hospital.

"Kami percaya ini adalah kes pertama yang dapat dipulihkan. Dua sampel yang diambil juga negatif," kata Pengarah Klinik Penyakit Berjangkit, Matteo Bassetti.

Daily Mail memaklumkan, seorang wanita yang mengidap Covid-19 dan kritikal di Amerika Syarikat (AS) juga memberi respons kepada ubat Ebola.

Ubat merawat Ebola itu sudah dibangunkan sejak 10 tahun lalu oleh syarikat ubat di AS, Gilead dan menunjukkan kejayaan dapat rawatan wabak itu.

Saintis dari China juga mendakwa ubat berkenaan mampu memperlahankan simptom dan dianggap efektif membendung Covid-19.

"Ia adalah ubat yang paling sesuai ketika ini untuk membantu membendung wabak ini," kata Bruce Aylward, jurucakap rasmi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), di China.

Ubat ini diubah suai untuk dimasukkan ke dalam tubuh manusia yang menjadi satu daripada empat blok DNA yang dipanggil nucleotides.

Covid-19 yang bermula di Wuhan kini sudah merebak ke 160 negara lain sehingga WHO mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...