EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid-19: Pembelian 'online' melonjak

0 month ago, 23-Mar-2020

PEMBELIAN panik oleh pengguna Malaysia berikutan fobia terhadap wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari menyebabkan perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian digantung sementara waktu.

Pembelian panik bermula pada Ahad minggu lalu, sehari sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah itu mulai 18 hingga 31 Mac.

Pasar raya tempatan merekodkan lonjakan dalam pesanan, menyebabkan mereka menggantung perkhidmatan penghantaran dalam talian buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya.

Rangkaian pasar raya, Jaya Grocer berkata, sekarang ini, penambahan semula stok barangan menjadi keutamaan syarikat itu.

Kami sedang menghadapi peningkatan yang besar dalam pesanan membabitkan perkhidmatan penghantaran dalam talian kami dan kami faham sebahagian daripada pelanggan mungkin mengalami pengalaman membeli-belah dalam talian yang kurang memuaskan, katanya dalam satu kenyataan.

Laman sesawang kedai runcit dalam talian yang berkhidmat untuk penduduk Lembah Klang, MyGroser turut merekodkan trafik yang luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MyGroser, Stephen P Francis berkata, keadaan ini menyaksikan permintaan yang mendadak dalam jumlah pesanan, menyebabkan kakitangan kedai runcit itu terpaksa menunda atau hanya menghantar separuh daripada pesanan yang dibuat.

Peningkatan ini adalah besar, tetapi kami sudah berjaya menambah pasukan penghantaran dan kapasiti kami. Kini, dapat membantu lebih ramai pengguna yang memerlukan penghantaran barangan runcit.

Sekarang ini, kami sedang memasang penyelesaian dalam talian yang dipertingkatkan, yang akan mampu menangani jumlah permintaan serta pesanan masuk yang lebih besar daripada pengguna, kami juga menambah bilangan kenderaan untuk memenuhi ketepatan masa penghantaran yang dijangka oleh pelanggan.

MyGroser juga bekerjasama dengan pembekal bagi meningkatkan ketersediaan barangan segar dalam usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan, katanya sambil menambah bahawa syarikat itu sudah meningkatkan pengiklanan dalam taliannya sekarang ini.

HappyFresh Malaysia juga mengalami peningkatan pesanan secara mendadak selepas orang ramai mula bekerja dari rumah berikutan pengumuman PKP selama 14 hari.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...