EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

COVID-19 Tak Padamkan Impian Malaysia Ke Piala Dunia B-20

0 month ago, 23-May-2020

Misi untuk layak ke Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) buat kali pertama dalam sejarah masih menjadi keutamaan buat skuad B-18 negara, ujar pengurusnya Datul Kamarul Ariffin Mohd Shahar dalam temubual bersama Bernama.

Meskipun arena bola sepak di seluruh dunia kini berdepan dengan tempoh sukar akibat pandemik COVID-19, ianya tidak sama sekali memadamkan impian pemain muda negara untuk menampilkan aksi terbaik dalam Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan.

Kejohanan yang menawarkan tiket ke Kejohanan Piala Dunia pada tahun depan itu dijadualkan berlangsung pada Oktober depan, namun menurut Kamarul, pihaknya kini sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN) untuk sukan bola sepak.

Kami amat komited untuk melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 2021, untuk menjadi pasukan pertama Malaysia beraksi secara merit ke Piala Dunia.

Ia bukan misi mustahil, memandangkan kita pernah menang dengan kuasa besar Asia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia. Jurang itu tidak besar lagi.

Tetapi kamiperlu tunggu SOP yang dikeluarkan MKN nanti, sebelum kami boleh teruskan dengan pelan yang telah dirangka.

Barisan kejurulatihan pasukan juga telah siap dengan beberapa alternatif, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, katanya.

Posted by

Football Association of Malaysia (Official) onSaturday, August 17, 2019

Menurut Kamarul lagi, tarikh kejohanan tersebut setakat ini masih belum diubah oleh AFC dan undian peringkat kumpulan telah ditetapkan pada 21 Jun depan.

Bagaimanapun beliau mengakui pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang cukup besar kepada perkembangan pasukan dan juga prestasi pemain memandangkan tiada latihan pusat dapat dilaksanakan sejak dua bulan lalu.

Pemain masih mengikuti latihan dan menjaga tahap kecergasan yang berpandukan arahan kelab dan pasukan masing-masing, tetapi dalam keadaan sekarang apa yang boleh dibuat sangat minima.

Saya pergi ke rumah beberapa pemain melihat keadaan sesi latihan, dan berjumpa secara peribadi. Apabila bercakap dengan Luqman dan Mukhairi Ajmal, saya dapati mereka amat bersemangat dengan sasaran di sana (Uzbekistan), dan kekal bermotivasi untuk layak ke Piala Dunia, katanya.

Skuad kendalian Brad Maloney telah membuktikan keupayaan mereka dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun lepas dengan muncul naib juara selepas tewas 1-0 kepada Australia dalam perlawanan akhir.


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...