EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

COVID-19: Orang Ramai Diseru Berpuasa Sunat

0 month ago, 21-Mar-2020


Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Orang ramai khususnya rakyat Terengganu diseru berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan memanjatkan doa  kepada Allah supaya dibebaskan daripada wabak COVID-19.

Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ianya bertepatan dengan perintah Allah agar memohon pertolongan dariNya dengan sabar melalui ibadat berkenaan.

"Kita menunaikan ibadat yang baik kepada Allah, mengadu agar Dia melepaskan kita daripada bahaya penyakit berjangkit itu.

"Tetap disana tidak ada sikap berputus asa, kita yakin dan percaya Allah akan menyelamatkan kita daripada bahaya ini," ujarnya seperti yang dipetik dalam laman sosial facebooknya, hari ini.

Katanya, seluruh rakyat juga diharapkan bersabar dengan makna sebenarnya mengerjakan ibadat puasa dan solat di rumah.

Beliau turut menyeru agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sekarang ini dan insaf dengan kembali mentaati segala perintah Allah.

: teganukita.net

SUMBER : terengganu11.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...