EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peka Kes COVID-19 Meningkat, Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Di Hospital Melaka

0 month ago, 11-Jun-2021

Sedia maklum, penularan kes COVID-19 meningkat dari hari ke hari dan ia membuatkan kadar penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 juga turut meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei hingga 104 peratus pada 6 Jun lalu.

BACA: Prihati Kepada Pesakit COVID-19, Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Penjara Kedah

Advertisement

Selebriti sensasi, Neelofa difahamkan telah menghulurkan bantuan buat pesakit COVID-19 di Hospital Melaka baru-baru ini dengan menyumbangkan 15 buah katil elektronik pada pihak hospital itu dan hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan di hospital tersebut.

Alhamdulillah.. terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID di Hospital Melaka. Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor turut memberikan responlike pada hantaran tersebut bersama-sama dengan kakaknya Noor Nabila dan terlihat doktor tersebut menandai akaun rasmi Neelofa di dalam hantaran tersebut.

neelofa : Kool FM  

 

Sumbangan yang dilakukan oleh bekas pengacara MeleTop itu dianggap mulia dan perkara itu amat diperlukan dalam keadaan negara kita sekarang ini.

Peka Kes COVID-19 Meningkat, Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Di Hospital Melaka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...