EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid-19 di Malaysia masih kekal 2 angka, rakyat Malaysia jangan senang2 dulu

0 month ago, 02-Aug-2020

Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini berbanding sembilan kes semalam dengan 13 daripada kes baharu itu membabitkan penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,999 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 210 kes. Bagaimanapun, jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 kekal 125 orang.

Kesemua 13 kes penularan dalam negara merupakan warganegara Malaysia iaitu 11 kes daripadaKluster PUI Sivaganggadan duakes saringan diPintu Masuk Antarabangsa Laut Labuan.

Kes pertama (di Sabah) merupakan pelajar yang tiba dari Sandakan yang akan memulakan pengajian di Labuan manakala kes kedua pula dari Penampang yang datang ke Labuan untuk bercuti bersama keluarga

Bagi satu kes import yang dilaporkan, ia melibatkanwarganegara Filipina yang mendapat jangkitan di luar negara.

Dr Noor Hishamberkataterdapat17 kes pulih dan dibenarkan discajhari ini, menjadikan jumlah keseluruhanpulih sepenuhnyasebanyak 8,664 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambahnya, terdapathanya dua kespositifsedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya, setakat 12tengah hari tadi, sebanyak 313 orang disaring bagi kluster PUI Sivagangga.

Daripada jumlah saringan ini, 20 kes aktif dikesan positif, 280 lagi negatif manakala 13 kes masih menunggu keputusan ujian. Daripada kes positif yang dilaporkan, 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara. Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan

Menurutnya, sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat KesiapsiagaandanTindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8975, iaitu termasuk satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun.

Dr Noor Hisham berkatakes-8975 itu merupakan kes generasi pertama.

Selain itu, dilaporkan tiga kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976, iaitu termasuk satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun. Kes-8976 merupakan kes generasi pertama.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan

Jelasnya, aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19 selain aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuk sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...