EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Covid-19: Lebih 2,200 kematian di AS dalam tempoh 24 jam

0 month ago, 20-Nov-2020

Washington: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat pandemik Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Memetik data Johns Hopkins University (JHU), ia adalah tertinggi selepas Mei lalu sejak wabak itu mula melonjak di seluruh negara.

Jumlah kes sehingga 8.30 malam (Jumaat) adalah sebanyak 11,698,661 dengan 252,419 kematian.

Ini bermakna terdapat 200,146 kes positif Covid-19 yang baharu dan 2,239 kematian dalam tempoh 24 jam.

Pihak berkuasa AS menggesa rakyatnya tidak melakukan sebarang perjalanan bagi cuti Thanksgiving minggu depan berikutan peningkatan kes Covid-19.

California pada Khamis mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam bagi membendung wabak itu.



SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...