EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

COVID-19 Is Real.. 15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Virus COVID-19

1 month ago, 29-Aug-2021

Penyanyi dan juga pelakon, Beego baru-baru ini memaklumkan bahawa seramai 15 orang ahli keluarganya yang tinggal di Johor Bahru telah dijangkiti wabak COVID-19.

Advertisement

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,41, berkongsikan mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Tambahnya lagi, dalam jumlah tersebut, ada juga yang sudah lengkap menerima vaksin namun masih dijangkiti virus pembunuh tersebut.

COVID-19 is real tapi apa pun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah S.W.T. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya.

Dia dalam pada itu turut berkata jika benar wabak ini adalah ciptaan manusia semata-mata, mereka yang telah menjadi korban pastinya akan mendapat ganjaran syurga.

“Kalau benar virus ini adalah senjata biologikal untuk pengurangan manusia. Ingatlah sentiasa, matinya seseorang itu sekiranya dibunuh agenda atau apapun sebagai penganut Islam, syurgalah tempat kalian.” katanya lagi.

Advertisement

Anggota kumpulan Phyne Ballerz itu sempat mengucapkan takziah kepada semua kenalan dan mereka di luar sana yang telah kehilangan orang tersayang akibat COVID-19.

Terdahulu, isteri Beego, pelakon Linda Hashim memaklumkan bahawa dia kehilangan ibu angkat yang dianggapnya seperti ibu kandung sendiri iaitu Rahimah Hashim.

Namun, pemergian ibu angkat Linda bukanlah disebabkan oleh virus COVID-19 berdasarkan keputusan saringan yang diterima.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

COVID-19 Is Real.. 15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Virus COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...