EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Covid-19: Kelantan pohon PKP jika kes terus meningkat

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0
Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Peningkatan zon merah Covid-19 di Kelantan mungkin memaksa kerajaan negeri memohon pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ekoran kes yang semakin meningkat.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, kawalan yang lebih ketat itu dirasakan perlu kerana hampir ke semua daerah di negeri itu kini dikategorikan sebagai zon merah.

Kita minta rakyat Kelantan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan pandemik ini.

Sekiranya peningkatan kes Covid-19 tidak dapat dikawal, kemungkinan PKP akan dilaksanakan.

“Ini bukan ugutan, cuma ingin beritahu kemungkinan ini akan berlaku kerana kes baharu semakin meningkat, katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Dr. Izani berkata, beberapa ketetapan juga diambil, antaranya individu yang ingin memasuki Kelantan perlu menjalani ujian swab terlebih dahulu dan akan dipakaikan gelang merah jambu, selain menjalani kuarantin selama 10 hari.

Semua bentuk majlis keramaian juga tidak dibenarkan manakala hanya 20 individu dibenarkan untuk acara akad nikah.

Kelantan mencatatkan 103 kes baharu Covid-19 pada Ahad, 95 kes pada Isnin, dan 86 kes semalam dengan 18 kluster dikesan.

Covid-19: Kelantan pohon PKP jika kes terus meningkat Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...