EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid-19: Indonesia rekod 3,806 kes baharu

0 month ago, 12-Sep-2020

Jakarta: Indonesia mencatatkan 3,806 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214,746 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 95,539 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 106 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,650 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik tersebut iaitu 52,840 kes dengan tambahan 1,205 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,746 orang, diikuti Jakarta (1,386); Jawa Tengah (1,139); Kalimantan Selatan (386); Sulawesi Selatan (376) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...