EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid-19: Garis panduan solat jemaah ketika PKPP

0 month ago, 12-Sep-2020

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ketika covid-19 melanda dunia dan Malaysia waktu ini terus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember, Para Ulama menerusi Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan membuat perbincangan garis panduan solat berjemaah di masjid dan surau bagi mengekang penularan wabak ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian merujuk kepada rakaman video berdurasi dua minit seorang pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang meminta amalan norma baharu solat berjemaah yang bercanggah dengan Islam dikaji semula.

“Tatacara solat berjemaah yang dilaksanakan ketika ini telah diperjelaskan secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ yang saya hasilkan, dan boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Sebenarnya ini (pelaksanaan solat berjemaah) telah dibahaskan oleh para ulama, jadi ada perkara-perkara yang kita nampak macam bercanggah tetapi semuanya ijtihad-ijtihad ulama telah dijelaskan dalam buku itu dengan mengambil kira pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan negeri, bahkan di peringkat antarabangsa, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak bertemakan ‘Jaringan Dakwah Pengislah Ummah’ di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Zulkifli berkata objektif program itu dilaksanakan untuk mewujudkan sekretariat rangkaian dakwah NGO di peringkat negeri di bawah punca kuasa aktiviti dakwah JAIPk.

Selain itu, katanya, ia juga dapat membentuk pelan perancangan dakwah negeri diwujudkan, mewujudkan carta aliran kerja yang jelas, fokus dan bersistematik selain mampu memanfaatkan kaedah-kaedah baharu teknologi terkini di dalam gerak kerja agensi dakwah di Perak.

“Ia juga dapat mempertingkatkan kredibiliti pengurusan gerak kerja dakwah sebagai pemangkin kepada transformasi pembangunan negeri sekali gus menyelaraskan gerak kerja dakwah di negeri ini melalui kegiatan aktiviti secara kolaborasi bagi meningkatkan kefahaman mengenai agama Islam,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin.

: BERNAMA

Covid-19: Garis panduan solat jemaah ketika PKPP first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...