EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Covid-19: Kes baharu kembali naik empat angka

0 month ago, 19-Nov-2020

GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 di dalam negara kembali mencecah 4 angka hari ini, apabila sebanyak 1,290 kes dilaporkan.

Kata kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, daripada jumlah itu, sebanyak 1,285 kes yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 5 lagi adalah kes import.

Sabah melaporkan kes tertinggi dengan 660 kes, diikuti Selangor dengan 407, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 72 kes.

Pertambahan ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 51,680 kes.

Pada hari ini juga, sebanyak 878 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, dan kesemuanya telah didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 38,132 kes.

Setakat ini, terdapat 13,222 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 37 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka keseluruhan kematian pula naik kepada 326 apabila sebanyak 4 kes kematian baharu dilaporkan.

Covid-19: Kes baharu kembali naik empat angka Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...