EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

COVID-19 : 958 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini

0 month ago, 20-Nov-2020

Kes baharu positif COVID-19 menurun kepada tiga angka hari ini namun masih ditahap membimbangkan.

Status terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 958 kes positif melibatkan kes tempatan sebanyak 953 dan lima membabitkan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 956 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah seramai 39,088 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 13,221 orang manakala 110 pesakit berada di ICU dan 42 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 329 kes.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157517399251237/

COVID-19 : 958 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...