EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Covid -19: Abang Zehra Zambri kritikal, tidak sedarkan diri di Arab Saudi

0 month ago, 17-Sep-2020

ABANG penyanyi dan pengacara, Zehra Zambri iaitu Zharif Zambri dilaporkan kritikal.

Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital King Fahad, Makkah, Arab Saudi, akibat Covid-19.

Menurut laporan sebuah media tempatan, sudah lebih dua minggu abang Zehra dijangkiti wabak itu.

Katanya, keadaannya sangat kritikal dan tak sedarkan diri.

Malah, sejak 9 September lalu, dia dikomakan oleh pihak hospital dan diberikan rawatan extracorporeal membrane oxygenation (Ecmo) kerana paru-parunya sudah tidak dapat berfungsi.

Artikel berkaitan: Moga Allah kurnia kesembuhan yang sempurna Warganet titip doa buat Fedtri Yahya

Selain abangnya, kakak ipar Zehra yang bekerja sebagai jururawat juga disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 30 Ogos,lebih menyedihkan, mereka mempunyai seorang cahaya mata yang baru berusia enam bulan.

Katanya, oleh kerana tiada pilihan lain, kakak iparnya itu terpaksa menjaga anak di rumah walaupun berisiko.

Selain itu, dilaporkan Zehra mendapat maklumat bahawa abangnya dijangkiti virus itu daripada rakyat Malaysia yang berada di sana.

Menurutnya, Zehra dan keluarga di sini hanya mampu berdoa dan reda dengan ketentuan Allah SWT dan memohon semua mendoakan kesejahteraan abangnya dan dipermudahkan urusan keluarganya.

Post Views: 88


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...