EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cosmo Confessions (Bahagian 32)

0 month ago, 16-Aug-2019

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Depositphotos

Dress Murah

Ini antara rahsia terbesar yang saya simpan selama ini! Ketika outing with the girls, saya berkenan dengan sehelai dress berharga RM188. Sayangnya, saya cuma ada RM120 ketika itu. Memandangkan butik itu sedang mengadakan jualan murah secara besar-besaran dan semua pekerja sibuk, dalam diam saya menukar tag harga daripada RM188 ke RM105. Fuhhhhselamat duit. Sherry, 27

Banyak Tanya

Saya berkenalan dengan jejaka yang bekerja di bahagian sumber manusia menerusi seorang teman dan ketika first date, dia bertanya soalan bertubi-tubi seakan-akan saya sedang ditemu duga untuk jawatan di syarikat dia bekerja. Semenjak hari itu, saya nombornya supaya dia tidak lagi dapat menghubungi saya. Annoying! Azza, 28

Salah Sangka

Saya memuat naik gambar dengan bos lelaki ketika sambutan Tahun Baru Cina di Instagram. Keesokan harinya, saya lihat kakak saya menjawab komen dengan niat mahu berjenaka tapi tak sedap mata membaca, Yes, he is my sisters boyfriend! Cepat-cepat saya mesej bos dan meminta maaf. Nasib baik saya tak diserang isterinya! Phew Sheilla, 29

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com