EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mahu Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

0 month ago, 14-Sep-2020

Mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah melakukan persiapan sebulan awal untuk program terbaharu bersama Astro Warna iaitu The Masked Singer Malaysia, pelakon hebat Nabila Huda akui dirinya seorang yang cerewet dan tidak suka untuk berfikir apatah lagi melakukan kerja di saat akhir.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

Dedah Nabila, beliau akan terlebih dahulu membuat kajian bersama kumpulan dandanannya supaya apa sahaja penampilan yang beliau inginkan mampu direalisasikan dengan sempurna.

Advertisement

View this post on Instagram

Everyone knows abil Kalau kat drama or film Memang tak suka Make up and most of my character Mesti naked face je..Tapi bila abil jadi host or judges abil Mesti go all out and i akan create my own style, buat research and sepakat dengan team yang abil percaya dorang boleh tunaikan each of my request. Untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, me and my team dah buat preparation a month before. Baju abil custom and dah siap dengan mood board. So everything dah well planned,well prepared and well organised cuz Im very very fussy and I benci Nak kena fikir last minute sebab boleh jadi marah ???? Tapi Bukan fussy sejenis yang buat orang benci tau. Fussy Sejenis yang kena perfect macam pemilihan material kain, style rambut,lipstick and etc. So for this program abil decided Utk buat oversize suit but different colour Tapi striking colours. I tak penah percaya with colour yang terang but this time tak salah Utk buat experiment and seriously, Im in love ! Yang buat look and style tu strong adalah rambut , make up and accessories..To be honest, I tak boleh orang lain decide Untuk I what to wear, or Nak kena mengharap orang siap kan. I sanggup habis kan duit Untuk Make sure I look good and comfortable with whatever I want.Dari Baju shooting sampai lah apa je abil akan spend usually 70 percent dari my salary. I know crazy right ? But thats the truth about me..Tak kira lah kerja apa pun abil Mesti bagi all of my heart,my soul,my money and ???? commitment because this is my career. I chose this. And I really love my job so much. So guys Nak tengok hasil kerja team abil yang hebat dengan different look and style every episode, and dengan program paling hebat and yang abil penah involve, your date , 18 September Friday 9pm Di Astro warna !!!!#themaskedsingermalaysia

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Baju saya custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebabI’m very fussy(cerewet) dan benci nak kena fikir saat akhir sebab boleh jadi marah. Tapi bukanfussysejenis yang buat orang benci tau.Fussysejenis yang kena sempurna macam pemilihan jenis kain, style rambut, lipstik dan lain-lain.

Advertisement

Katanya, untuk program itu juga, beliau khabranya memilih kelainan dengan mencabar diri untuk menggayakan busana yang berwarna terang.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

“Jadi untuk program ini saya buat keputusan untuk buatoversize suittetapi dengan warna yang berbeza iaitu striking colours.Saya tak penah percaya dengan warna yang terang tetapi untuk kali ini tak salah untuk buat percubaan dan serius, saya jatuh cinta!

Meskipun begitu, pelakon yang popular menerusi drama Kamar Kamariah ini mendedahkan, beliau sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk penampilan dari kepala sampai ke hujung kaki.

Nak Cipta Stail Tersendiri, Nabila Huda Sanggup Habiskan 70 Peratus Duit Gaji

“Saya sanggup habiskan duit untuk pastikan saya selesa dengan apa yang saya mahukan.Dari baju shooting sampailah apa saja saya akan habiskan selalunya 70 peratus dari gaji. Saya tahu gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai saya.

Sekadar informasi, Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini difahamkan telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap selebriti-selebriti popular lain seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...